Persatuan Kebajikan Al Rahman Kelantan

OBJEKTIF

Mengaji-Quran4

 

 

1. Melahirkan generasi yang seimbang pembangunan rohani dan dan jasmani bermodalkan CINTA dan TAKUTKAN TUHAN.

• Memberi perlindungan dan pembelaan kepada yang memerlukan agar mendapat kasih sayang dan pendidikan yang sewajarnya.

• Melahirkan insan yang memiliki jati diri yang teguh dan tidak goyah dalam menempuh arus globalisasi yang semakin mencabar.

• Membina generasi pelapis kepimpinan masyarakat yang bertaqwa.

• Menjadi wadah bagi golongan berada dan yang kurang bernasib baik saling bantu membantu kearah masyarakat harmoni dan di berkati Allah.

 

2. Mewujudkan wadah bagi menyatukan pihak-pihak yang berminat untuk menjalankan aktiviti-aktiviti amal kebajikan untuk anggota masyarakat yang miskin, anak-anak yatim, ibu-ibu tunggal dan warga emas yang dhaif, golongan kurang upaya, mangsa-mangsa bencana alam, remaja-remaja yang bermasalah dan lain-lain asnaf zakat.

 

3. Membela kebajikan golongan sasar dengan membantu menyediakan keperluan asas kepada golongan sasar di atas seperti makan, minum, pakaian, tempat tinggal, perubatan, permbelajaran dan pendidikan.

 

4. Menjalankan sendiri atau bekerjasama dengan pihak-pihak lain, aktiviti-aktiviti yang boleh meningkatkan ilmu pengetahuan, pengalaman serta memberi latihan kemahiran kepada golongan sasar agar mereka menjadi insan gemilang yang berilmu dan berdikari.

 

5. Mengumpul dana untuk melanjutkan, memajukan dan menjalankan tujuan-tujuan persatuan dengan mengutip derma, zakat dan sebarang bentuk sumbangan secara langsung daripada orang-orang awam, ahli-ahli persatuan, badan-badan kerajaan, badan-badan berkanun, pertubuhan-pertubuhan, syarikat-syarikat perniagaan dan mana-mana pihak yang ingin membuat amal jariah.

 

6. Menganjurkan aktiviti-aktiviti untuk meningkatkan syiar agama Islam.