Persatuan Kebajikan Al Rahman Kelantan

AKTIVITI

PERSATUAN KEBAJIKAN AL RAHMAN KELANTAN
Aktiviti Sepanjang tahun 2013

KEPERLUAN ASAS/SUMBANGAN

Persatuan ini meneruskan usaha untuk mencari keperluan asas bagi golongan sasar seperti bahan-bahan makanan asas,pakaian raya, pakaian sekolah, dan peralatan sekolah. Persatuan telah menghubungi pelbagai pihak untuk mendapatkan bantuan dalam bentuk wang tunai / barangan.

Persatuan menganjurkan program pengajian fardhu ain, pengajian al Quran dan kursus-kursus untuk menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran golongan sasar dengan kerjasama ejensi-ejensi kerajaan, peniaga-peniaga individu-individu dan badan-badan bukan kerajaan yang lain.

Program sumbangan pakaian

Program sumbangan pakaian

Alhamdulillah, Pusat Jagaan Kesayangan Mumtahanah dan Pusat Jagaan Kesayangan Rohaniah telah dikunjungi oleh pelbagai golongan seperti badan kebajikan bukan kerajaan serta orang-orang perseorangan dan syarikat. Mereka telah membuat sumbangan dalam bentuk kewangan, pakaian dan keperluan asas anak-anak kesayangan kami. Antaranya daripada peraih-peraih ikan di Pengkalan ikan Tok Bali. Sumbangan beras daripada Syarikat Petronas dn Kastam di Raja.

 

 

AKTIVITI KEBAJIKAN 

Selain daripada usaha-usaha mendapatkan sumbangan derma dan zakat daripada Jabatan Kerajaan, syarikat-syarikat swasta dan individu-individu dermawan, Persatuan juga telah mengembeling tenaga mengadakan jualan kupon makan amal bermula   1Mac -31 Mac 2013 bertempat di Restoran Manisnya Madu dan Restoran Manna Wa Salwa. Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada kedua-dua restoran tersebut.

Persatuan terus meluaskan peranannya dalam menjaga kebajikan golongan sasar dengan menganjurkan majlis meraikan empat pasangan pengantin sempena menyambut ketibaan Awal Muharam 1435.Majlis tersebut telah diadakan pada 2hb Nov 2013 di Dewan Dato’ Ahmad Fadli , Jabatan Kastam Di Raja Malaysia, Kota Bahru,Kelantan

SAMBUTAN HARI-HARI BESAR AGAMA ISLAM  

Persatuan sangat menggalakkan pusat jagaan di bawah naungannya untuk menyambut hari-hari besar agama Islam. Syarikat-syarikat swasta telah bersama-sama menganjurkan sambutan hari-hari kebesaran Islam iaitu Hari Raya Aidil Fitri, Maulidur Rasul, Harai Raya Aidil adha dan Maal Hijrah.

Sambutan Hari Raya Aidil Fitri bersama Petronas Kota Bharu di Dewan Bunga Raya, Hotel Perdana

Sambutan Hari Raya Aidil Fitri bersama Petronas Kota Bharu di Dewan Bunga Raya, Hotel Perdana

Majlis-majlis ini telah diserikan dengan persembahan daripada anak-anak dibawah naungan Persatuan. Mereka telah bernasyid, bersajak, mengadakn pentomin disamping jamuan yang telah disediakan.

LATIHAN KEMAHIRAN

Persatuan terus bekerjasama dengan beberapa buah syarikat swasta untuk memberi latihan kemahiran kepada remaja lelaki dan remaja perempuan yang dibawah naungan persatuan .

Anak-anak  ini telah di latih di bidang  pendidikan,  pertanian , pembinaan, perniagaan dan kebudayaan. Untuk mencungkil bakat anak-anak persatuan telah mengadakan pertandingan kebudayaan setiap hujung bulan.

KURSUS MOTIVASI DALAMAN DAN LUARAN

Persatuan juga telah menganjurkan kelas bina insan / motivasi dan juga kelas-kelas fardhu ain yang dikendalikan secara bekerjasama dengan individu-individu jemputan secara sukarela pada setiap hujung minggu dan cuti persekolahan. Golongan-golongan sasaran ialah anak-anak  di sekitar Kota Bharu dan Pasir Puteh.

Program bersama pelajar-pelajar UNISZA

Program bersama pelajar-pelajar UNISZA

Pelajar-pelajar UNISZA (Universiti Nasional Islam Sultan Zainal Abidin) telah mengadakan program SOLEH (Solidarity Lead Harmony) bersama dengan anak-anak dibawah naungan persatuan. Seramai 70 orang wakil pelajar UNISZA dan 3 orang pensyarah  telah menghadiri program tersebut. Ekoran daripada program SOLEH,pihak UNISZA menjemput seramai 30 orang anak-anak dibawah persatuan menghadiri satu lagi program di UNISZA pada 7hb Dis 2013

KHEMAH IBADAH & RIADHAH

Satu Khemah Ibadah untuk anak-anak sekolah Rendah telah diadakan pada 15hb November yang lalu. Mereka telah diberi ilmu dan latihan praktikal dalam sembahyang dan pengukuhan fardhu ain.

Persatuan akan mengadakan satu program Karnival Pendidikan Sekolah Menengah pada 15hb Disember2013  bertempat di Pusat Latihan Ikhwan, Gong Kulim, Pasir Puteh. Ianya merupakan kursus khemah ibadah dan riadhah untuk pelajar-pelajar sekolah Seramai 100 orang remaja berumur antara 14 hingga 18 tahun dijangka akan menyertai program tersebut. Program akan berlangsung selama 3 hari.